10.2.14

Mengimbau 10 Tahun Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ke3 Universiti Malaya









Bagi yang tidak begitu mengenali atau mengetahui latar belakang Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga atau dikenali sebagai ETHICA, ianya bermula dengan sembang sembang di kedai Sahur antara 4 sahabat iaitu Abdul Ghani Shahbudin, Kamarudin Mokhtar, Abdol Aziz Sahat dan Kamalullail Ramli sehingga tercetusnya idea penubuhannya yang direalisasikan dengan mesyuarat pemilihan Ahli Jawatankuasa Pro Tem di majlis Malam Sejuta Nostalgia di Tropicana Golf & Country Club pada 2 Oktober 2004. Sedar tidak sedar telah 10 tahun usia penubuhan ETHICA.









ETHICA kemudiannya didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah badan bebas Bukan Kerajaan NGO dengan dinaungi oleh Y. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai Penaung dan Dato Mohd Shafie Abdullah sebagai Penasihat. Pelantikan Abdul Ghani Shahbudin dan Kamarudin Mokhtar sebagai Presiden dan Timbalan Presiden serta Ahli Jawatankuasa lain disahkan di dalam Mesyuarat AGM pertama yang dibuat bersempena Majlis Makan Malam bertemakan Malam Batik yang diadakan di Hotel Holiday Inn Glenmarie pada 1 April 2006. Malam Batik sangat sinonim dengan sesiapa sahaja yang pernah menghuni Kolej Ketiga di mana ianya merupakan program tahunan kolej.









Sejak itu ETHICA mula bergerak di atas dasar ukhwah dan networking sesama bekas penghuni kolej dan keluarga masing masing. Sebagai mengimbau kembali kenangan semasa tinggal di asrama Kolej Ketiga, satu program dinamakan Sireh Pulang Ke Gagang diadakan di Kolej Ketiga di mana ahli ETHICA telah bermalam di asrama bersama keluarga masing masing. Pelbagai acara diadakan termasuk program lawatan kampus untuk mendedahkan anak anak kepada kampus sebagai motivasi. Kemuncak program adalah majlis Makan Malam yang diadakan di dewan makan Kolej Ketiga.











Sebelah malamnya diadakan majlis Makan Malam dengan dirasmikan oleh Penasihat ETHICA, Dato Mohd Shafie Abdullah. Makan malam diserikan dengan persembahan dari penghuni penghuni kolej dengan alatan muzik tradisional. 







Selain itu, setiap tahun diadakan program Hari Keluarga, Majlis Jamuan Hari Raya dan juga majlis perjumpaan secara kecil kecilan dari masa ke semasa di Gerai Sahur. Antara Hari Keluarga yang diadakan ialah di Awana Golf and Country Resort dan Ayer Keroh Country Club. Kemeriahan Hari Keluarga ETHICA memang terasa dengan penyertaan ahli bersama keluarga masing masing dalam program program yang telah dirangka.









Hari keluarga di Awana Golf and Country Club diadakan atas saranan Dato' Dr Junaidy yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan. Majlis Sukaneka diadakan dengan meriah sekali dengan semua keluarga menyertainya.









Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ETHICA telah diadakan di Kolej Ketiga pada 25 September 2010 dengan kehadiran yang sangat membanggakan. Ianya juga disertai oleh Pengetua, Warden dan penghuni penghuni kolej.








Jamuan Raya ETHICA juga diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Cheras pada 11 September 2011 dengan kehadiran yang sangat membanggakan walaupun masing masing sibuk dengan urusan rumah terbuka. Majlis seperti biasa juga diadakan sessi karaoke yang disertai oleh ahli ETHICA dan anak anak. 








Selain itu, majlis hari raya di rumah ahli juga dikunjungi secara konvoi supaya mendapat 2 manafaat secara sekali gus. Selain mengunjungi rumah sahabat juga dapat beramah mesra dengan ahli ahli ETHICA yang lain. Memang sangat terasa keakraban antara ahli ahli ETHICA. Bayangkan telah lebih 30 tahun persahabatan terjalin.
















Majlis Korban diadakan di Jabatan Penjara Kajang pada 6 November 2011 dengan beberapa orang ahli ETHICA menyertai program korban tersebut. Ramai banduan banduan yang terlibat secara langsung di dalam proses menyembelih dan menyiang daging korban. Ini juga sebagai persediaan sebelum mereka keluar dari penjara.









Selain itu, diadakan juga program perhimpunan pada cuti Hari Pekerja pada 1 May 2013. Dr Anizu yang juga merupakan Pengarah MSD London juga turut kembali untuk menyertai program yang diadakan.











ETHICA juga saling menyokong di dalam majlis majlis perkahwinan atau pertunangan anak anak masing masing. Di bawah ini adalah antara gambar gambar yang dirakamkan dalam majlis yang telah diadakan sepanjang tahun 2013. Antaranya ialah majlis pertunangan anak Dato Dr Junaidy, majlis perkahwinan anak Dato Hashim Hamzah di Sg Petani dan juga majlis perkahwinan anak Datuk Haji Ibrahim Fadzil di Melaka. Ketika ke majlis Datuk Ibrahim, kami telah singgah dan berkumpul di rumah Tuan Kamal di Ozana Golf Resort. 












ETHICA juga menyumbangkan bakti kemasyarakatan dengan menyertai program Sukarelawan Koreksional Jabatan Penjara pada 3 November 2011 dan menyertai kursus yang diadakan di Langkawi. Di dalam gambar di bawah adalah Majlis penganugerahan Sijil Penyertaan oleh Dato Wira Abu Seman bin Yusof, Timbalan Menteri Dalam Negeri
 ketika itu. ETHICA diwakili oleh Abdul Ghani selaku Presiden ETHICA dan Zulkifli mewakili Timbalan Presiden.









Kini ETHICA maju setapak lagi selepas tampuk kepimpinan berubah kepada Dato' Salehudin Saidin dengan membawa penglibatan ETHICA sebagai badan bebas bukan Kerajaan dalam membantu menrealisasikan agenda memajukan kedudukan Bumiputera terutamanya di dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta aktiviti amal dan kemasyarakatan. Ianya bermula dengan penganjuran Forum Pemerkasaan Bumiputera di Dalam Bidang Ekonomi dan Pendidikan di Hotel Grand BlueWave Shah Alam pada 25 Januari 2014.


 




Syabas ETHICA. Semoga ETHICA akan lebih aktif dalam kegiatan kemasyarakatan selaras dengan peranannya sebagai sebuah badan bebas bukan Kerajaan di dalam membantu  golongan Bumiputera...







4 comments:

  1. Bravo Hajjah .......dicadangkan nama ajk lama dan baru dipaparkan secara 'permanent' dibahagian about us. Tahniah hajjah Haziah atas usaha murni ini.

    ReplyDelete
  2. Sama sama lah kita memberi sokongan kepada kegiatan ETHICA

    ReplyDelete
  3. Hidup Ethica semuga persaudaraan dan persahabatan akan berkekalan....

    ReplyDelete
  4. Azie terbaek

    ReplyDelete