16.3.14

Tinjauan Untuk Program Masih Ada Yang Sayang







ETHICA kini melangkah setapak lagi dengan penglibatan dalam aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan. Sebagai persiapan untuk aktiviti yang dirancang seterusnya, iaitu Program Masih Ada Yang Sayang, ETHICA dengan diketuai oleh Presiden, Dato Salehuddin Saidin bersama Haji Abdul Ghani dan Dr Abdol Aziz telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin di Jalan Kapar, Klang pada 16 Mac 2014. Kedatangan kami telah disambut oleh Haji Bani yang dipanggil Abah di kalangan anak anak yang juga Pengetua di Rumah Anak Yatim dan Miskin tersebut.





Selepas perbincangan diadakan, kami telah dibawa melawat Asrama Pelajar Lelaki dan juga Asrama Pelajar Perempuan. Penghuni rumah ini yang berumur antara 7 hingga 17 tahun adalah terdiri dari anak anak yatim, anak anak miskin dan juga anak anak yang mempunyai masalah. 








Perbelanjaan rumah ini dibiayai sepenuhnya dari dana hasil sumbangan  badan badan korporat dan individu individu perseorangan. Di rumah ini, selain dari tuisyen yang diberi secara percuma oleh orang perseorangan, juga disediakan ustaz untuk mengajar anak anak mengaji Al Quran. 





Adalah menjadi harapan agar program yang dirancang dalam bulan Mei nanti akan memberi sedikit kegembiraan kepada anak anak yatim dan miskin. Semoga aktiviti seumpama ini dapat dijayakan dari masa ke semasa dengan penyertaan lebih ramai lagi ahli ahli ETHICA.





No comments:

Post a Comment