5.2.14

Forum Pemerkasaan Bumiputera di Grand Bluewave Hotel Shah Alam








FORUM PEMERKASAAN BUMIPUTERA

“PERLAKSANAAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN YANG LEBIH EFEKTIF”



Objektif forum adalah untuk membincang dan merumuskan mengenai kaedah pelaksanaan yang praktikal dan lebih berkesan untuk mempercepat dan mengukuhkan proses pembangunan ekonomi dan pendidikan Bumiputera. Forum dianjurkan secara bersama antara Persatuan Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya dengan kerjasama SS Prominent Minds Sdn Bhd.






Forum setengah hari yang diadakan pada 25 Januari 2014 di Grand Bluewave Shah Alam dihadiri oleh pemegang taruh (stakeholders) di bidang ekonomi (industri kecil dan sederhana) dan di bidang pendidikan. Ianya melibatkan ahli-ahli akademik, pegawai pegawai Bank, usahawan IKS, pendidik, bekas wakil pelajar universiti dan badan badan bebas Bukan Kerajaan (NGO).








Diharapkan aktiviti seperti ini akan lebih banyak diadakan lagi demi membantu kerajaan di dalam memperkasakan kedudukan Bumiputera di dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Akhir sekali tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola Forum yang telah berjaya mengadakan forum pada hari ini dengan lancar dan teratur.



No comments:

Post a Comment