16.2.14

Dari Shah Alam Ke Pekan Demi Ukhwah ETHICA







Saudara Bodek atau nama sebenarnya adalah Mohazam Mohd Iqbal adalah salah seorang ahli ETHICA. Beliau kehilangan pekerjaan selepas ditimpa kemalangan yang menyebabkan beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.  Atas dasar semangat kesetiakawanan dan ukhwah ahli ahli ETHICA, AJK ETHICA sepakat melancarkan misi Shah Alam ke Pekan untuk menziarahi Bodek dan dalam masa yang sama menghulurkan sedikit bantuan.





Antara yang mengikuti rombongan ke Pekan ialah Dato' Salehuddin, Abdul Ghani, Kamarudin, Abdol Aziz  dan Norazhar dengan menaiki kereta Estima Dato' Saleh bertolak dari Shah Alam pada pukul 7 pagi. Kawan kawan lain yang tidak dapat turut serta turut sama menghulurkan sumbangan seikhlas hati selepas hasrat ini di war warkan di dalam group WhatsApp. Alhamdulillah lebih dari RM10K telah berjaya dikutip. Cek sumbangan telah disampaikan oleh Dato' Salehuddin selaku Presiden ETHICA.





 


Terima kasih kepada semua penyumbang di atas sumbangan ikhlas yang dihulurkan, semoga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak. Diharapkan juga supaya program seumpama ini dapat diteruskan dengan lebih ramai lagi penyertaan ahli ahli ETHICA. 





Semoga aktiviti amal dan kebajikan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Syabas ETHICA...




No comments:

Post a Comment