20.5.14

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga Universiti Malaya





Buat kesekian kalinya, ETHICA dijemput untuk sama sama memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga yang diadakan di Hotel Marriott Putra Jaya pada 18 Mei 2014. Majlis Makan Malam kali ini dirasmikan oleh YBhg Prof Dato' Dr Mohd Amin Jalaluddin, Naib Cansellor UM. ETHICA telah menempah satu meja yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa ETHICA yang diketuai oleh Penasihat dan Presiden ETHICA. Dengan tema pakaian berwarna merah, pink dan putih telah menambahkan kemeriahan apabila penghuni kolej telah tampil dengan fesyen yang unik dan berwarna warni.




Di majlis ini, Presiden ETHICA, Dato Salehuddin Saidin telah diberi peluang untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar pelajar cemerlang kolej. Selain itu, ETHICA juga turut memberikan cenderahati kepada Pihak Kolej di atas penyertaan penghuni Kolej dalam program Masih Ada Yang Sayang anjuran ETHICA di Rumah Anak Yatim dan Miskin di Sg Pinang Klang pada 1 Mei yang lalu.




Menu yang disajikan adalah masakan China yang sangat sedap. Sebelum sampai dessert, semua telah kekenyangan. Sambil menjamu selera, majlis diserikan dengan persembahan alat muzik Kuolintang, acara nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh penghuni kolej yang rata rata berbakat besar.







Seperti biasa, sebelum beredar ahli ETHICA telah mengambil peluang untuk bergambar kenang kenangan bersama pihak pengurusan Kolej. 





Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Kolej yang telah sudi menjemput ETHICA. Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan dalam program program akan datang bagi memberi manafaat kepada semua pihak. Akhir sekali tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menrealisasikan Majlis Makan Malam Tahunan dengan meriah dan lancar.






No comments:

Post a Comment