18.11.17

Majlis Perkahwinan Anak Dato Mohd Alias di PWTC




Meriah sungguh meriah. Geng alumni ETHICA iaitu Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya bila bertemu di mana sahaja pasti akan menjadi sangat meriah. Majlis kawin juga seolah majlis alumni. Bukan sahaja kerana kehadiran kami beramai ramai tetapi kehadiran yang meriah. 

Bila bertemu bukan sahaja bersua muka dan bergurau senda tetapi agenda bergambar di sana sini. Persahabatan lebih dari 30 tahun pasti sahaja menjadi sangat akrab dan masak dengan perangai masing masing. Kebetulan malam tadi juga adalah harijadi Haji Kamaruddin Mokhtar. Jadi bergema dengan nyanyian selamat hari jadi buat Haji Kamaruddin. 

Kali ini kami berkumpul di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulung Dato Mohd Alias Hamzah dan Datin Khasani. Majlis yang sederhana tetapi meriah dan santai dengan selingan aktiviti tarian tradisional dan nyanyian. Makanan yang dihidangkan juga sedap dan cukup rasanya. Yang lebih penting, majlis yang mengumpulkan saudara mara dan sahabat handai untuk meraikan kedua mempelai. 

Kami seperti biasa, tidak lupa untuk bergambar beramai ramai di atas pelamin walaupun tanpa pengantin dan kedua ibubapa pengantin yang ketika itu bersalam salaman dengan tetamu yang keluar dari dewan. 


Sebelum beredar sekali lagi kami bergambar beramai ramai bersama dengan tuan rumah pula. Maklum tidak lengkap sessi photografi tanpa mereka. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. 


12.11.17

Majlis Perkahwinan Anak Dato Wan Nazari Di Terengganu


Majlis Perkahwinan Anak Dato Wan Nazari Di Terengganu


Ahli alumni berkumpul lagi. Kali ini di Kuala Terengganu bagi meraikan majlis perkahwinan anak sahabat ethica Dato Wan Nazari di Hotel Permai Kuala Terengganu. Seperti biasa, ahli ethica dari Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Melaka turut hadir. Ada yang konvoi dengan kereta dan ada yang datang dengan kapal terbang. 

Majlis Perkahwinan Anak Dato Wan Nazari Di Terengganu

Ukhwah dan persahabatan yang terjalin lebih 37 tahun tetap utuh. Kami seperti adik beradik yang sangat rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain. 

Tahniah kepada Dato Wan kerana telah menerima 2 menantu dalam majlis ini. 

Ethica Bertemu Lagi di Majlis Ulang Tahun Ke10 Salehuddin Saidin & Associates



Seperti biasa, ahli Ethica saling menyokong antara satu sama lain. Ahli ethica hadir dari sejauh Johor, Melaka dan Terengganu semata mata untuk meraikan sambutan ulang tahun ke 10 firma guaman milik Presiden Persatuan Alumni Kolej Ketiga iaitu Salehuddin Saidin & Associates (SSA). Majlis diadakan di Concorde Hotel Shah Alam.

Syabas dan tahniah kepada Dato Salehuddin Saidin selaku Managing Partners SSA. Semoga maju jaya dan lebih cemerlang di masa masa akan datang. 

Kepada mereka yang memerlukan khidmat guaman SSA, bolehlah layari website SSA yang terbaru di www.salehuddinsaidin.com. Untuk membaca entri yang berkaitan boleh klik di http://www.aziekitchen.com/2017/11/glitz-glamour-di-majlis-makan-malam.html



10.9.17

Apa Khabar




As salam semua. Telah lama tidak mengemaskini blog ini atas kekangan masa. Semoga kita semua alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya masih berhubungan dan berukhwah antara satu sama lain. 

Ikuti entri terkini penulis di blog Azie Kitchen dengan klik di SINI


20.5.14

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga Universiti Malaya





Buat kesekian kalinya, ETHICA dijemput untuk sama sama memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga yang diadakan di Hotel Marriott Putra Jaya pada 18 Mei 2014. Majlis Makan Malam kali ini dirasmikan oleh YBhg Prof Dato' Dr Mohd Amin Jalaluddin, Naib Cansellor UM. ETHICA telah menempah satu meja yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa ETHICA yang diketuai oleh Penasihat dan Presiden ETHICA. Dengan tema pakaian berwarna merah, pink dan putih telah menambahkan kemeriahan apabila penghuni kolej telah tampil dengan fesyen yang unik dan berwarna warni.

4.5.14

Program Masih Ada Yang Disayang






Pada hari Khamis, 1 Mei 2014 yang lalu, ETHICA iaitu Persatuan Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya telah menganjurkan satu program Kemasyarakatan dan Amal di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin (Al-Khairah) Sungai Pinang, Klang, Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk memberi sumbangan dan sebagai tanda keperihatinan ETHICA kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang sentiasa memerlukan bantuan dari segi kebendaan dan kewangan. 

16.3.14

Tinjauan Untuk Program Masih Ada Yang Sayang







ETHICA kini melangkah setapak lagi dengan penglibatan dalam aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan. Sebagai persiapan untuk aktiviti yang dirancang seterusnya, iaitu Program Masih Ada Yang Sayang, ETHICA dengan diketuai oleh Presiden, Dato Salehuddin Saidin bersama Haji Abdul Ghani dan Dr Abdol Aziz telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin di Jalan Kapar, Klang pada 16 Mac 2014. Kedatangan kami telah disambut oleh Haji Bani yang dipanggil Abah di kalangan anak anak yang juga Pengetua di Rumah Anak Yatim dan Miskin tersebut.