20.5.14

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga Universiti Malaya





Buat kesekian kalinya, ETHICA dijemput untuk sama sama memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga yang diadakan di Hotel Marriott Putra Jaya pada 18 Mei 2014. Majlis Makan Malam kali ini dirasmikan oleh YBhg Prof Dato' Dr Mohd Amin Jalaluddin, Naib Cansellor UM. ETHICA telah menempah satu meja yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa ETHICA yang diketuai oleh Penasihat dan Presiden ETHICA. Dengan tema pakaian berwarna merah, pink dan putih telah menambahkan kemeriahan apabila penghuni kolej telah tampil dengan fesyen yang unik dan berwarna warni.

4.5.14

Program Masih Ada Yang Disayang






Pada hari Khamis, 1 Mei 2014 yang lalu, ETHICA iaitu Persatuan Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya telah menganjurkan satu program Kemasyarakatan dan Amal di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin (Al-Khairah) Sungai Pinang, Klang, Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk memberi sumbangan dan sebagai tanda keperihatinan ETHICA kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang sentiasa memerlukan bantuan dari segi kebendaan dan kewangan. 

16.3.14

Tinjauan Untuk Program Masih Ada Yang Sayang







ETHICA kini melangkah setapak lagi dengan penglibatan dalam aktiviti khidmat sosial dan kemasyarakatan. Sebagai persiapan untuk aktiviti yang dirancang seterusnya, iaitu Program Masih Ada Yang Sayang, ETHICA dengan diketuai oleh Presiden, Dato Salehuddin Saidin bersama Haji Abdul Ghani dan Dr Abdol Aziz telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin di Jalan Kapar, Klang pada 16 Mac 2014. Kedatangan kami telah disambut oleh Haji Bani yang dipanggil Abah di kalangan anak anak yang juga Pengetua di Rumah Anak Yatim dan Miskin tersebut.

16.2.14

Dari Shah Alam Ke Pekan Demi Ukhwah ETHICA







Saudara Bodek atau nama sebenarnya adalah Mohazam Mohd Iqbal adalah salah seorang ahli ETHICA. Beliau kehilangan pekerjaan selepas ditimpa kemalangan yang menyebabkan beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.  Atas dasar semangat kesetiakawanan dan ukhwah ahli ahli ETHICA, AJK ETHICA sepakat melancarkan misi Shah Alam ke Pekan untuk menziarahi Bodek dan dalam masa yang sama menghulurkan sedikit bantuan.

10.2.14

Mengimbau 10 Tahun Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ke3 Universiti Malaya









Bagi yang tidak begitu mengenali atau mengetahui latar belakang Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga atau dikenali sebagai ETHICA, ianya bermula dengan sembang sembang di kedai Sahur antara 4 sahabat iaitu Abdul Ghani Shahbudin, Kamarudin Mokhtar, Abdol Aziz Sahat dan Kamalullail Ramli sehingga tercetusnya idea penubuhannya yang direalisasikan dengan mesyuarat pemilihan Ahli Jawatankuasa Pro Tem di majlis Malam Sejuta Nostalgia di Tropicana Golf & Country Club pada 2 Oktober 2004. Sedar tidak sedar telah 10 tahun usia penubuhan ETHICA.

5.2.14

Forum Pemerkasaan Bumiputera di Grand Bluewave Hotel Shah Alam








FORUM PEMERKASAAN BUMIPUTERA

“PERLAKSANAAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN YANG LEBIH EFEKTIF”



Objektif forum adalah untuk membincang dan merumuskan mengenai kaedah pelaksanaan yang praktikal dan lebih berkesan untuk mempercepat dan mengukuhkan proses pembangunan ekonomi dan pendidikan Bumiputera. Forum dianjurkan secara bersama antara Persatuan Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya dengan kerjasama SS Prominent Minds Sdn Bhd.