18.11.17

Majlis Perkahwinan Anak Dato Mohd Alias di PWTC




Meriah sungguh meriah. Geng alumni ETHICA iaitu Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya bila bertemu di mana sahaja pasti akan menjadi sangat meriah. Majlis kawin juga seolah majlis alumni. Bukan sahaja kerana kehadiran kami beramai ramai tetapi kehadiran yang meriah. 

Bila bertemu bukan sahaja bersua muka dan bergurau senda tetapi agenda bergambar di sana sini. Persahabatan lebih dari 30 tahun pasti sahaja menjadi sangat akrab dan masak dengan perangai masing masing. Kebetulan malam tadi juga adalah harijadi Haji Kamaruddin Mokhtar. Jadi bergema dengan nyanyian selamat hari jadi buat Haji Kamaruddin. 

Kali ini kami berkumpul di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulung Dato Mohd Alias Hamzah dan Datin Khasani. Majlis yang sederhana tetapi meriah dan santai dengan selingan aktiviti tarian tradisional dan nyanyian. Makanan yang dihidangkan juga sedap dan cukup rasanya. Yang lebih penting, majlis yang mengumpulkan saudara mara dan sahabat handai untuk meraikan kedua mempelai. 

Kami seperti biasa, tidak lupa untuk bergambar beramai ramai di atas pelamin walaupun tanpa pengantin dan kedua ibubapa pengantin yang ketika itu bersalam salaman dengan tetamu yang keluar dari dewan. 


Sebelum beredar sekali lagi kami bergambar beramai ramai bersama dengan tuan rumah pula. Maklum tidak lengkap sessi photografi tanpa mereka. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. 


No comments:

Post a Comment