20.5.14

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga Universiti Malaya





Buat kesekian kalinya, ETHICA dijemput untuk sama sama memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ketiga yang diadakan di Hotel Marriott Putra Jaya pada 18 Mei 2014. Majlis Makan Malam kali ini dirasmikan oleh YBhg Prof Dato' Dr Mohd Amin Jalaluddin, Naib Cansellor UM. ETHICA telah menempah satu meja yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa ETHICA yang diketuai oleh Penasihat dan Presiden ETHICA. Dengan tema pakaian berwarna merah, pink dan putih telah menambahkan kemeriahan apabila penghuni kolej telah tampil dengan fesyen yang unik dan berwarna warni.

4.5.14

Program Masih Ada Yang Disayang






Pada hari Khamis, 1 Mei 2014 yang lalu, ETHICA iaitu Persatuan Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya telah menganjurkan satu program Kemasyarakatan dan Amal di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin (Al-Khairah) Sungai Pinang, Klang, Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk memberi sumbangan dan sebagai tanda keperihatinan ETHICA kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang sentiasa memerlukan bantuan dari segi kebendaan dan kewangan.